Thursday, September 30, 2010

Twitter Virgin

Just got registered on Twitter. So, tweet tweet tweet me @Dikwi if u so wish my dear dear readers =)

Resipi SHM: Nasi Tomato

Hiya Folks! Been awhile since I last posted any recipes or pics of food that I cooked myself =) Last one was during the Ramadhan month if i do recall correctly. The hubster is super-busy this month with back to back events happening, and travelling weekly, sometimes twice a week even, so my cooking was mostly food that the kids requested. Such as chicken rice, spaghetti bologneise, macaroni & cheese, masak kicap or sambal sardine. 

I raided my freezer and I found the last packet of beef cubes that hubby bought in Greenwood on the last day of Ramadhan. He bought about 3 kg of beef, so I have made quite a number of dishes using beef for the past few weeks, and yesterday wanted to get rid of the last remaining pack.

I decided on Beef Kurma with Potatoes. The gravy I made quite thin, as the boys won't eat it if it's thick. I then thought of pairing it with Nasi Tomato and used the recipe which I got from sis Hanieliza. I used this recipe before and found it satisfactory and easy to prepare. 


Will post more soon yeahhh =)

UPDATED: Oh, just to tell you that I also added fried shallots in the rice =) Lagi shedap and wangi.




Wednesday, September 29, 2010

Bergumbira bersama Kambing Golek, Nasi Bukhori & Chendol

Hiya Folks! Alhamdulillah, Raya Open House yang kitorang plan di rumah my parents last Sunday berjalan lancar. Last minute punya keje ni, a week before majlis baru nak call caterer. Buat kat rumah my parents senang sikit, sebab ada kawasan lapang sikit kan nak pasang khemah dalam kawasan sendiri, selesa sikit, tak payah nak pacak khemah depan rumah orang lain kan. Niatnya nak buat especially buat sanak saudara yang mana belum berkunjung ke rumah, dan juga kawan-kawan rapat. Also hubby memang niat nak buat jamuan panggil semua staff dia kan. Tapi entah mana silapnya, staffers ramai yang tak turn up pun. Hmnnn. I guess many people are still not aware of common courtesy kot. Wallahuallam. 

But tak apa, ramai sanak saudara dan handai taulan terdekat yang datang memeriahkan majlis. Budget dalam 100 orang datang, but it turned out around 150 kot yang hadir =) Alhamdulillah alhamdulillah, Syukran.

Menu hari tu ada Kambing Golek with Rosemary Sauce plus Salad, Nasi Bukhori, Acar Nenas Merah, Dhalca, Mee Hoon Goreng Seafood, Mee Hoon Goreng Singapore, Chendol, Sirap, Teh Tarik. Desserts ada Puding Caramel, Coconut Pandan and Black Bottom Cheese Cupcakes and Red Velvet Cake. Habis licinnnnn semua Alhamdulillah. Lain kali kalau tau la kan, kambing kena tumbang 2 ekor baru puas makan. InsyaAllah kalau ada rezeki dan ada umur, boleh buat lagi.  

 Nasi Bukhori Ayam & The Gang

 Mee Hoon Goreng Seafood & Singapore

 Kambing Golek Sos Rosemary paling laku

 Chendol Station

Delicious Cuppies baked by my friend Nooral

The guests

 Guests again hehe

Sisters, Cousins, Nieces...

My Darlingssssssss =)

My Adiks

My niece

My niece and Azan. You all cam tak ni Azan? I dah potong rambut dia pendek. Sebab ramai orang dok ingat dia pompuan. Tapi................ I miss his former hairstyle huwaaaaaaa =( Tapi now nmpk 'macho' sikit lah

My son and my bro

That's all yang dapat dikongsi buat kali ini. Hingga bertemu lagi. Tata Titi Tutu......



Monday, September 27, 2010

Raya Back East! Woot Woot!

Hmmnnn, ramai juga orang kata kalau kawin dengan orang dekat senang. Kalau raya tak yah gadoh masam muka. Dalam satu hari boleh raya rumah dua-dua belah pihak, no problem. Bagi I yang kawin dengan orang jauh pulak, memanglah tak dapat nak ulang-alik rumah mom and mentua tiga empat kali dalam satu hari. Tapi, memang langsung tak mendatangkan masaalah bagi kitorang berdua suami-isteri. In fact, I feel so blessed tau dapat rasa dua suasana yang berbeza dan berpeluang merasai keseronokan dan kemeriahan beraya di dua buah negeri yang berbeza. In our 11 years of marriage setakat ini, tak pernah pun masam muka or ada drama swasta pasal nak balik kampung siapa, bila, berapa lama, tak fair bla bla bla. Bila kita seronok beraya both sides, maka our children pun akan turut sama. Both sides pun dia akan suka, InsyaAllah. Yang penting, kita sendiri ikhlas, our own parents and our in-laws sama-sama kita ambil berat. I rasa kawan2 bloggers pun begitu juga kan? I dapat tengok thru your blogs that u guys pun feel the same way that I do.

Raya this year, we departed for Terengganu on the 2nd of Syawal, and stayed there till the 6th of Syawal. Kat sana, kalau pegi beraya 6-10 houses in one day tu kira perkara biasa lah, as ramai saudara-mara yang duduk dekat-dekat kan. Yang I senyum sampai sekarang is, in every house yang kitorang pegi, mesti akan dihidangkan dengan air minuman berkarbonat yang pelbagai warna. Ini memang trademark =) Bagi I yang tak minum gassy drinks ni, dok la menunggu mana la rumah yang serve air lain ya, tekak dah haus gatal2 nih =) masa baru2 kawin dulu, ada la segan2 dok diam2 kan, now dah lama ni, I sendiri gi dapur cari air kosong lah hehehe.

Kat sana kalau raya orang buat nasi dagang, nasi minyak, lakse, tapai, ketupat daun palas. My MIL's specialty is her kuah kacang berdaging, my hubby's favourite tu. Tapi Superheroes ni, mesti nak ada jugak macaroni, spaghetti, nugget and also KFC and Pizza Hut!

Aktiviti wajib selain dari ziarah relatives, the best for the kids ialah, mandi laut and main pasir! Nearly daily we went off to the beach either Pantai Teluk Lipat or Pantai Teluk Bidara. We also went visiting to Marang and Kemaman. Memang seronok. Masa tengah bergembira memang lah tak rasa penat. When we reached home in BJ malam Rabu tu, baruuuuu la rasa letihhhhh sangat. One whole week of hectic schedule kan. So, the next day tu we just lepak kat rumah nak regain balik strength to sambung raya back in the Klang Valley pulak kan =D








Syioknya Raya!

Friday, September 24, 2010

Our 1st Syawal 1431H

Oh goodness! Baru nak cerita pasal First Day Raya! As usual, too many pixx sampai berpinar mata nak pilih yang mana satu. So, I just upload secara random2 gitew eh. If u ask me, how was my first raya, of course I akan kata seronok! Letih tapi best itulah maknanya raya =) I seawal pagi around 4.30 am dah ke dapur tolong my mom masak rendang ayam sekuali besar, 5 ekor ayam ye. Haha. Rendang daging 5 kilo my mom dah siapkan a day before. Memang my mom Superwoman. Kalau nak tahu, if anything berkenaan rumah, dari plumbing, ke prune pokok2, hiasan rumah, maintenance kebersihan dan everything about rumah, semua my mom yang handle. Pada orang yang ada rumah sendiri, pasti tau yang running a household bukan kerja mudah ya. Kalau your husband jenis yang suka menolong, it's truly a blessing and a bonus tau. Now my mom dah tak ada maid, bertambah lagi kerja dia dengan laundry, mopping, ironing.... And also she is still working. She is already 58 this year. Sebab tu, I seboleh-boleh try tolong my mom in any way that I can. I nak carikan maid baru, dia kata dia dah tak nak pakai maid. Macamana ya? Kesian kat my mom, buat benda yang banyak pada satu masa :( 

Cakap pasal seronok raya, yang paling happy for surelah kanak-kanak. My superheroes tak terkecuali. Happy ya'amat! I seronok sebab my youngest pun dah pandai enjoy sambut hari raya =) First raya, we spent kat 3 houses sahaja. My parents punya house, my paternal grandma's house and my maternal grandma's house. Itu pun dah ambil masa sehari suntuk! Hehe.



My eldest, dia memang paling enjoy raya breakfast dan dia akan sentiasa jadi antara orang yang paling awal bangun. My mom, me and then mesti dia. Subuh lagi dia dah mandi, solat and nak pakai baju raya.


My second son ni pakar makan, macam I jugak haha. His favourite memang lemang, yang dia panggil Nasik Circle!


My third son ni memang sweet tooth sampai I ni bimbang tengok dia. Dia mesti dessert first tau. Ni dia makan cake sampai dah nak termuntah. Grrrrrr!!!!!


The handsome men in my life =) Baru balik from Solat Aidilfitri. My brother tak ada, dia beraya di rumah mentua tahun ini.

Inilah gaya masing-masing bila Mommy nak snap gambar. U all nak tahu, I punyalah kena pay attention to details sangat the day before raya, as I kena make sure ada 5 pasang baju melayu dengan matching butang baju melayu, dan samping yang sesuai, beserta songkok yang betul saiznya! Fuhhhh, berpeluh gak I.


My bongsu kesayangan. Ada ke semua orang kata muka my youngest ni macam perempuan! Hangin gak mak. Hahahahaha!!


Pengantin Baru sokmo. Bluueeeeekkkk! hehehe


Bukan senang tau nak ambik gambar satu family. Ada banyak gambar yang kelakar, dengan aksi pelbagai especially by my bongsu tu.


My mom and my nenek =)


Amik gambar ngan my sis ni bosan gak, bukan sebab apa...Dia pakai saiz XXS, punyalah kecikkkkk orangnya, so I akan sentiasa nampak macam GIANT next to her.


Haa, ni kat rumah my Opah. Tak jauh, kat Seksyen 7 saja. Memang semua berumah di sekitar Shah Alam saja. My Opah in purple tu kalau dia speaking Rawa, mesti u all ternganga. Hehe.



Apa yang best sangat kat rumah my Opah ye? Mestilah sebab ada desserts yang mengancam hasil seni my Mak Ngah and my Uda. Apart from that, my Mak Ngah's rendang campur sangat menggiurkan okeh. Resipi turun-temurun yang belum lagi menurun kat I nampaknya. Nanti daku akan menuntut. My Uda this year sangat rajin buat all the kuih lama2 yang I sukaaaaaa sangat masa zaman kekanak dulu, biskut oren, biskut ovaltine, biskut kurma, biskut kacang. Hadoiii, mmg nikmat!


Nampak tak muka teruja tu?
=D


From my Opah's house, hantar my Mak (nenek belah my mom) balik ke rumah dia di Rasa, KKB. Tengok tu, my sons buat tawaf keliling meja kuih raya tu. Bibik dorang gelakkan aje tengok perangai dorang tu.


By this time dah pukul 3 petang, my son dah kekenyangan. So, kat rumah nyang dia ni, dia lepak kat sofa layan game.


Eh, si kecik pun sama!


From Rasa, KKB... back to my parents' place in Subang. Tengoklah my boys keletihannnnnn.... Especially my 'eldest' tu yang masih pakai baju melayu =)

Sekian.


Wednesday, September 22, 2010

Tassel?

Tudung Tassel
U like?
I like =)

Wanted to update on my Eid stories and picchas, but the broadband connection is seriously killing me. Takes such a looooong time to even upload ONE pic, whatmore the hundreds that I plan to upload (cheh!?). Ehhe. I want my streamyx backkk. Lambatnyaaaa ;(


Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran from SHM & Family

Salam Aidil Fitri, Minal Aidil Wal Faizin dari Superheroes & Mom. Had a jolly 1st Syawal @ Subang, Shah Alam & Rasa KKB. Today the clan will be heading off to Terengganu. Wishing all of you a joyous Raya and a meaningful Syawal, InsyaAllah.




Raya Oh Raya!


Thursday, September 9, 2010

Menjelang Syawal, Marilah Kita Sama-sama..................

Oh ho ho ho! Ack, tu macam Santa Clause pulak, nanti kata tiru iklan TV3 pulak *cough*. Menjelangnya Syawal yang mulia ini, marilkah kita buat kerja-kerja yang sinonim dengan Hari Raya.

MERENDANG

MENGANYAM


MENGGEDIK aka MENGCERMIN!
=D





Wednesday, September 8, 2010

Preparationsssssss

Wahhhh, semalam gi teman my mom beli ayam, daging, basmathi, kerisek, bla bla bla in preparation for Raya Feast nanti kan. Settle dah everything, just santan and pelepah nak buat kelongsong ketupat saja yang perlu dibeli. Fyuhhhh. Diam tak diam dah nak Raya dah kan.

Today, will isi kuih dalam balang, tukar alas meja, tukar bedsheets @ my house. Lepas tu dah sibuk nak ngayam ketupat ngan nenda gak kan. Hahahahah. To tell u the truth, every year I akan try anyam, tapi nanti akan jadi ketupat lonjong! Donno why it's so hard for me to comprehend lah, but shall definitely try again this year =) For the sheer heck fun of it! nyeahaha.

Oh yes, yayyy coz Mr Ako brought back from KK my favourite kuih cincin! Sedap betul kuih cincin ni, makan krup krap krup krap, feel betul. Nyums.

Ok bebs (ada ke yang still baca blogs nie, rasanya ramai yang busy busy beee dah ni nak prepare for raya kan)... nanti akan update lagiiiiiii....

Cheers!

Monday, September 6, 2010

Celoteh before berbuka

Area BJ ni macam dah kurang orang. Ramai dah balik kampung kot. Tapi ada juga yang kampung kat sini aje, macam I lah. Tapi I get to 'balik kampung' juga every year masa pulang beraya kat Mr Ako's hometown in Terengganu. We are all excited nak balik Terengganu =)

Last weekend went back to my maternal grandma's house, near KKB aje. Dekat. Tidur semalam kat sana dan sempatlah spring clean umah my nenek tu. And then, yesterday bawak dia balik my house. Hehe. Tadi bawak dia beli kasut raya. Dia dah sebok tak sabar nanti nak nganyam ketupat and rebus ketupat :) I pun xcited juga.

Dah lama tak jenguk nenek yang seorang lagi and my aunts kat Shah Alam. Padahal dekat saja. Ramadhan ni langsung tak jenguk dorang. Insyaallah 1st Raya akan visit them.

Apa yang I bercerita ni. Actually nak tunggu nak pegi berbuka kat kedai makan ni. Mr Ako ke KK, esok pagi around 2am baru sampai rumah agaknya.

My brother and wife plus my niece akan bertolak balik Kuantan esok petang. Alahai, tak dapat beraya dengan si chomel tu on 1st Syawal. Tapi takpelah, dia akan definitely have fun balik kampung Mama dia sebab family dorang ramaiiiiii..... Sure Heboh. Harap my brother pandai bawa diri, dia tak biasa pulak ramai2 orang. Hehe. Kalau dah kahwin tu, kena pandai2 la sesuaikan diri dengan kedua2 belah pihak kan =)

Tinggallah I (with my family) dengan my younger sis yang akan raya with my parents. But as long as my nenek ada, memang I akan rasa seronok :) Superheroes ni memang akan enjoy punya.... Dorang mana-mana pun boleh, enjoy saja!

Syahdu bila terkenang the best Raya Moments masa arwah my Mama (my mom's elder sis) masih ada. Those were the best Raya years in my life. Me and my cousins seronok and sakan beraya sama-sama every year. Sampai sekarang I terkenang-kenang keseronokkan itu. Eventhough dah 19 tahun kehilangan arwah Mama, masih I akan bergenang air mata bila teringat kan dia. Dia umpama my 2nd Mom. Both of our families everything akan buat sama-sama. But itu semua tinggal kenangan.......

Okehlah friends, kalau I layan sangat perasaan ni, nanti akan menangissss tak henti. Baik I bersiap. My boys pun dah sibuk panggil I. Cakap I ni lambat. Heheh.

Bye for now.

Saturday, September 4, 2010

Buka Puasa @ Saujana Resort

Last Thursday, ada majlis buka puasa dengan warga kerja kesayangan @ Saujana Resort. Yang bosannya, I dah plan nak ambik gambar makanan etc banyak2 nak tempek kat sini... tapi being such a clever blogger that I am.... I tak check battery camera dulu.... rerupanya hayat battery only nyawa2 ikan.... After snapping some photos, the battery went kaput! Chehhhh.... Sabar ajelah.... ni batt habis ni mesti sbb my heroes la ni, dorang main my camera amik video adik bongsu dorang melompat lah, macam2 aksi. Sudahnya, SHM juga yang rugi, x dapat amik loadsa pixx. Adehh! Below are the only decent ones that I managed to snap.

Ni a few minutes before berbuka. Posing sattttt.. heheh...
Makanan atas meja tu baru first round tuh =)


With my Dad and sis
Masa ni dah abih 2 round kottt
Yg boleh semayang tu, gi surau dulu.... lepas solat baru best 3rd round laks
hehe


Mr AKO tak enjoy sangat makan malam tu, sbb kena attack sakit kepala.
Alahaiiiii sian....
Errr... tangan camtu  Mr. AKO tunjuk wedding ring lagi ek?
hahahah... good good nyeahaha


Group pixx taken using my sis punya BB
Blurry ckit

Gambar lagi satu dengan the chomelsss

Tu je dia pixx yang ada.... hukhuk... takpe lah... nanti RAYA punya makan-makan.... I ambil gambar u all banyak2 okehhhh =) Muahhsssss XOXO


p/s: cuti skolah dah start! mak aiiiii, kecoh lah rumah ni 24 jam hihihi





Friday, September 3, 2010

Collagen, I Need You Now

Ageing ageing ageing..... I am definitely ageing. This year last March, when I turned 35, I could actually see that I am indeed ageing. Pigmentation, dark circles, sagging skin (sigh). Ageing actually started at 25, but the effect could only be seen when we are at the ripe 'old' age of 35. At least, it is so for me lah. I know I have many young readers here, who are still in their twenties. Hye Young Ones! I would like to remind you to consciously take care of your eating habits and always wear sunblock. Admittedly, I am not so disciplined when it comes to beauty regimes.... Even the 3 basic steps of Cleanse, Tone, Moisturize pun I culas. Facials apatah lagi, coz I have sensitive skin prone to allergic reactions to beauty products especially masks. But, I do try to incorporate more fruits and veges in my diet, and of course... loadsa H2O! So kan, I am thinking I need more help lah, to delay ageing! Hahahaha, alahaiiiii perempuan!!

Jadiknya, after reading raving reviews on Colla Plus Beauty Drink, I decided to give it a go. Mana tau, it could help me to have smoother, more supple and firmer skin kan. Well, I HAVE to try right? Heh heh.


My first box of Colla Plus above. It says to consume 6 bottles for six days initially. Then, on every alternate days. After 3 months, have it once every 3 days. I am only on my third bottle today. I like the taste of it. Kinda fruity grapey taste. Kira boleh telan tanpa rasa nak muntah lah =)

As I am only on my third day, I can't yet review on the effectiveness lah kan. Hopefully, ada la perubahan sikit by the end of 3 months =)

You can read about Colla Plus here.



7 Beauty Effects of NH Colla Plus
  • Strengthens and supports the skin's structure to improve skin tone and elasticity.
  • Enhances moisture-holding capacity of skin cells
  • Nourishes skin to prevent ageing and smoothens fine line and wrinkles
  • Whitens skin and brightens a dull complexion
  • Promotes tissue regeneration to heal injured skin and scars
  • Accelerates metabolism to rejuvenate the skin
  • Revitalizes healthy hair and nails with a complete range of amino acids

Anyone of you tried this before? Okay ka dak eh?

Thursday, September 2, 2010

Nak Raya Nak Raya!

Eh heh. Itu kata budak-budak yang eksaited nak beraya. Ehem. Dan juga mak budak yang eksaited nak tengok budak-budak eksaited beraya. Jadinya, seronok bersama-samalah budak-budak and mak budak. Okay gitu? Hehe.

Household SHM, seperti biasa tahun lepas, preparation sederhana sahaja. Tetapi, tetap meriah =) Perasaan seronok nak beraya ni masa zaman budak and zaman mak budak lain. Tapi alhamdulillah, rasa seronok dan eksaited tetap maintain. Kalau mak tak rasa seronok nak beraya, macamana budak nak rasa seronok? Betul tak? 

Nak share sikit-sikit dengan readers.......

Baju Raya Superheroes.

Dah dapat dah Crocs for my youngest.
Suka sangat SpongeBob =)


Bedsheets Raya.
Cheap2 onny. Giant mari aje. Hehe.


Sarung Koshen Raya.
Osso cheap2 @ Giant =)


SHM ni, kain lap kaki pun nak tunjuk ka?
Hahaha.
Yeap, nak raya punya pasal.
Kain Lap Kaki juga harus baru.
Yeap! Osso @ Giant maaa =)














APA?
















































HUH?

























And some sweet pretty things



easy on the eye
and on the pocket tee hee


errrr.... yang ni bukan dari Giant
=)

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker