Monday, June 4, 2012

Anak Soleh. Solehkah saya?

Ramai selalu kata mereka sayang pada Ibu Bapa, tapi apakah cara terbaik untuk membalas jasa mereka? Dulu saya selalu fikir, caranya ialah dengan belikan hadiah yang mahal, berikan duit elaun ribu-ribuan saban bulan, belikan kereta, bawa bercuti di hotel mewah.... Ya, jika mampu apa salahnya... tapi sebenarnya yg lebih utama ialah kita harus berusaha menjadi anak yang soleh...

Semenjak kehilangan bapa tercinta pada bulan September tahun lalu, hati selalu sayu, selalu bertanya pada diri, belum cukup membalas jasa Bapa, belum puas mahu menjaga Bapa masa tua, Allah sudah mentakdirkan dia pergi... Bagaimana mahu terus berjasa padanya? Sudah terputuskah hubungan?

Allah maha Pemurah, setelah Dia ambil nyawa Ibu Bapa kita, anak-anak seperti kita masih boleh terus ada hubungan dengan Ibu Bapa, doa anak akan tetap sampai, terutama doa anak lelaki, tiada hijab di antara. Tetapi, haruslah dari anak yang soleh.

Solehkah saya? Sampaikah doa2 saya kepada Allah untuk Bapa? Terlalu lemah diri ini, masih terlalu jahil. Tapi hati dan niat terlalu mahu berjasa pada Bapa. Bukan senang rupanya mahu menjadi anak yang soleh. Bercakap saja, ya, memang boleh, tetapi melaksanakannya, tidak mudah....

Hati terlalu ingin menjadi anak yang soleh untuk Ibu dan Bapa, tapi mampukah diri ini? Berilah petunjuk ya Allah, kuatkanlah iman hambaMu ini yg selalu goyah ya Allah...

I found below, some info for my renungan...... And tindakan.....



Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat
keberkatan Allah SWT.


Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenang.
Doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya adalah seperti berikut:-

*Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).
*Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).
*Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).


Berusahalah wahai diri.... Semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya......

- Posted using BlogPress from my iPhone

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker