Looking for an Events Manager? Check out ESPI.

Wednesday, April 14, 2010

Resipi SHM: Sup Tulang Mamma Mia!

Bahan-bahan

1 kg tulang lembu
3-4 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
1 inci halia diketuk
2 paket rencah Sup Tulang Adabi
1 sudu besar lada hitam (dikisar kering, tak kisar pun pun boleh)
1 sudu teh serbuk lada sulah
7-8 ulas bawang putih diketuk
garam kasar secukup rasa (anggaran 1 1/2 sudu besar)
secubit gula
serbuk perisa jika suka

Bahan-bahan untuk ditumis

5-6 ulas bawang merah dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis saiz kecil
5 biji buah pelaga

Bahan-bahan Ekstra

2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong 4
Sebatang carrot dibuang kulit dan dipotong
2 biji tomato dipotong 2
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak, tumiskan bahan tumis sehingga naik bau dan wangi

Masukkan air dan tulang. Rebuskan selama 1 jam. Ini penting untuk melembutkan daging dan supaya rasa manis tulang keluar.

Setelah sejam, masukkan serai, lengkuas, carrot, kentang, bunjut sup tulang, lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan serbuk perisa. Rebus lagi selama 1 jam.

Selepas sejam yang kedua, masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan tomato. Tutup api dan biarkan sup merenih.


Setelah dibiar merenih seketika, Sup Tulang anda sedia untuk dihidangkan. Mmmmmm, sedapnya. Untuk lebih 'kick', makan bersama sambal kicap ala SHM . Wahh, meletopsss gitu! InsyaAllah. Cubalah ya :)



10 comments:

  1. mmg wajib try la ni.....adus..keroncong perut..belum lunch

    ReplyDelete
  2. try kay...alamak, i lupa letak resipi sambal kicap la...nanti i buat entry k.

    ReplyDelete
  3. fulamakkk... mengancam sup tulang dia hihih..

    ReplyDelete
  4. Askm,
    Akak ni br berjinak2 dgn dunia blogger, insaAllah nak cuba resipi ni ujung minggu ni, kena beli bahan2nya dulu. Layarilah blog akak.. dalilahrubi.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. liana, ngancam ke? hahaha, i feveret sambal kicap tu... best

    ReplyDelete
  6. Kak dalilahrubi, salam perkenalan... terima kasih kerana menjenguk blog saya. saya dah pun bertandang ke blog akak. sangat kagum akak masih gigih meneruskan perjuangan untuk mendapatkan PHD. akak beri inspirasi pada saya.

    ReplyDelete
  7. omg! sy mmg nk sgt cara2 masak sup tulang..hoorayy! akhirnya saya jmper..tq kak..sy nk change link lar..nk x??supaya x luper blog akak nie..:))

    ReplyDelete
  8. hello It's Me NANA...glad u stumbled across my blog :) sure sure, kita xchange link ya...

    ReplyDelete
  9. hehehehhe...please share camne nak buat sambal kicap yg slalu makan with sup tue babe :D thanx

    ReplyDelete
  10. alamak, I lupa nak tempek pulak sambal kicap punya resipi kan... aiyoyoyo...will do very soon :)

    ReplyDelete

Share Some Love, Thanks for Your Comments