Thursday, March 19, 2009

Cuti

Salam friends,
I am taking a 'cuti' off blogging for a wee bit. 
Well wishes for all of you, till we meet again.
Take care all.
Love ya!

Superheroes & Mom

Sunday, March 15, 2009

Shawarma, Mix Grill & Pomegranate Juice

Those are the stuff that I like in Dubai. All are also available in Malaysia, but memang tak sama dari segi rupa, tekstur dan rasa. Oh, I love the pomegranate juice kat sana! And the malls of course. Really really huge malls dorang but I don't do much shopping there really, what I like is to people watch. I suka tengok the emirati ladies with their black abayas and shaylas. Real elegant and graceful looking. Although they are clad in all-black - they have a distinst style that is real classy. And the material of their garments - looks really soft and floaty with superb cutting. Hmmnnn, yang ada 'bling-bling' embellishments tu lagi lah menarik.


Khaleeji Style

Uh-oh. Bukannya apa, ada someone akan ke Dubai esok. For a week. Masa bebudak cuti sekolah. Apa nak buat. I shall have to think of ways to entertain them. 

Last I went to Dubai with Mr AKO was in 2006. For the Gulf Food event. In 2008/09 ni I haven't been out of the country at all. Wahhh, mithali betul uruskan anak2 dan rumahtangga. Ha ha ha ha ha .... Hey, responsibilities are responsibilities kan. Furthermore, cepat sangat lah dorang ni membesar. Pejam celik pejam celik nanti, bye-bye mummy hello darling pulak kan? He he ;p


Wednesday, March 11, 2009

The Week That Was

It has been an emotionally and physically draining week. 27th February 2009, my Pak Teh went into ICU. 7th of March, he left us forever. Within that period was the numerous visits to the hospital and my Grandma's house in Shah Alam. Not to forget, my parents' house was broken into and valuables stolen. Then came the phone call from the hospital on the 7th of March at about 9 pm. We rushed to the hospital and arrived a little too late as he breathed his last breath at 9.20 pm. None of us made it before 9.20 pm. It was a heavy blow to all of us, more so to my aunt and my two cousins. We felt that it was too soon for him to go. Age 49. Tapi kami percaya Allah knows best. Arwah's first son who will turn 17 soon, seemed too little in my eyes as he was called upon various times in many occasions following the departure of his father. Constantly he was called upon , "Mana anak lelaki sulung Arwah?" Many a time he looked confused and stressed out, but not a single tear he shed. When he and his younger brother (who is 15), went into the liang lahad for the burial of their late father, I can see the determination and courage in his face and I was rest assured that he will be allright and even more so, he will be able to be a source of strength to his mother and brother. From that moment on, I realized that the cousin brother whom I held in my arms when he was a babe, has grown and is man of the house now. Ya Allah, kuatkanlah semangatnya dan tetapkanlah hatinya Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui.

There will be no more magic tricks performed by my late PakTeh to entertain all the little kiddos in the family. There will be no one to offer to babysit BabyAzan during family gatherings as he usually will offer, "Bagi budak kecik kat PakTeh, kasi mummy dia relax pulak." There will be no more of a great many things as he will usually be the 'penggerak' in most family events. All that's left are memories.

A man with a big heart and jovial character, he will be sorely missed. Not only by us but also his neighbourhood community. It was evident that he was well liked by many. Tak putus-putus orang datang dari jenazah sampai ke rumah, semasa sembahyang jenazah di masjid, semasa pengkebumian dan juga majlis tahlil. Ramai yang datang mendoakan kesejahteraan arwah. Alhamdulillah. Sesungguhnya dunia ini hanya sementara, hanya Iman dan Amal yang menjadi bekalan kita.

Firman Allah yang bermaksud, "Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, kemudian kepada kamilah kamu dikembalikan." - (Surah al-Ankabut, ayat 57)

Friday, March 6, 2009

RAHSIA JUMAAT

Thank God It's Friday?


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

 

Amalan Sunat Hari Jumaat

 

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

 

Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)


Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."





Thursday, March 5, 2009

Get Well Soon


BabyAzan caught the flu 2 days ago. Lots of phlegm. Runny nose also. Bouts of vomitting too mostly of coughing out the phlegm. Poor baby. He is looking a little bit pale and more clingy than usual. It will probably take a week for him to fully recover. But alhamdulillah his eating and feeding pattern is normal. Hopefully that will make him recover much faster. InsyaAllah.

Wednesday, March 4, 2009

Kebas

Another upsetting news....... sigh....
My parents' place was broken into siang siang buta tadi when nobody was in.
Ada lah benda-benda yang berjaya dikebas si pencuri, kalau diikutkan tangan dia tu kena potong kan?


Tuesday, March 3, 2009

ICU

My Pak Teh is in very critical condition. In ICU. Brain hemmorhage. Operated upon 6 am this morning. Comatose.

Please friends, please make doa for him.

Kerudung Merah Samar

Errrr...sorrylah, posting up a piccie of me (macam vain pulak kan tempek gambar sendiri aje) *malu* Just to show you my new pink tudung. Eh apehal lak nak tayang tudung lak ni?Bukannya apa, Mr. AKO yang belikan when he was in Jakarta recently. Saya merasa sangat terharu dia memilih dan membelikan tudung untuk saya. Katanya dia nampak tudung pink ini dan terus teringat pada saya lalu membelinya. Thank you lyvm.


Saya merasakan bahawa sayalah orang yang paling squeaky clean dan wangi di dunia sekarang ini sebab saya baru lepas melalui regiment bersama produk2 yang terdapat di gambar ini. Inilah antara produk2 kegemaran saya. Tidaklah berjenama gah. Biasa2 sahaja tetapi I really love 'em! Clarins Pure Melt makeup remover (pemberian kakak ipar) diikuti dengan Shurah Delima Papaya facial wash & Himalayan Walnut face scrub. Skin Food Avocado Rich shampoo & conditioner. Strawberry Shortcake shower gel, Body Shop Cocoa Butter body scrub & Sabai -Arom Basil Foot Scrub (love this to bits -bought in Phuket). Boots Strawberry Jelly Body Cream (bought in Boots Bangkok-sangat yummy bau dia macam nak makan!!) Lama saya di kamar mandi bersiram tadi. 

Yeayyy!!! Dah replenish stock buah2an. Isi rumah saya ni kalau takde fruits tak sah. Banana itu kesukaaan kesemua anak2 saya dan bapa mereka. Navel Sunkist orange tu, kegemaran saya dan anak2, bapa mereka tak suka makan oren. Ada satu jenis buah lagi iaitu jambu air, favourite anak kedua saya. Tak sempat snap gambar, dia dah bawa lari :)

Mmmmmmm....sedapnya!
Manis betul dan semerbak baunya yang sweet and fresh menyelinap masuk ke rongga2 lubang hidung saya lalu memberikan signal kegembiraan kepada otak saya.

Ehhh...lama tak makan cempedak. Mana nak cari ni? Eh heh...


Nite2 all. Sleep tight. See ya!

Monday, March 2, 2009

Renungan

Reminder to self dan untuk renungan kita bersama :) 

Kriteria Isteri Solehah

  • Perempuan yang menjaga agamanya
  • Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami
  • Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain
  • Menutup kecantikannya kecuali pada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak
  • Menerima baik keluarga suami dan sahabat handainya
  • Melayani mentua sama seperti ibu bapa kandung
  • Menjaga suami, anak-anak dan rumahtangga dengan baik
  • Tinggi budi pekerti dan akhlaknya
  • Menghormati hak suami dan sanggup bertolak ansur dalam apa jua perkara membabitkan rumah tangga dan masa depan
Sabda Rasulullah saw: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya dan Agamanya. Maka hendaklah engkau utamakan wanita yang memiliki agama, (jika tidak) nescaya kedua tanganmu akan berdebu (miskin merana)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)



OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker