Friday, September 24, 2010

Our 1st Syawal 1431H

Oh goodness! Baru nak cerita pasal First Day Raya! As usual, too many pixx sampai berpinar mata nak pilih yang mana satu. So, I just upload secara random2 gitew eh. If u ask me, how was my first raya, of course I akan kata seronok! Letih tapi best itulah maknanya raya =) I seawal pagi around 4.30 am dah ke dapur tolong my mom masak rendang ayam sekuali besar, 5 ekor ayam ye. Haha. Rendang daging 5 kilo my mom dah siapkan a day before. Memang my mom Superwoman. Kalau nak tahu, if anything berkenaan rumah, dari plumbing, ke prune pokok2, hiasan rumah, maintenance kebersihan dan everything about rumah, semua my mom yang handle. Pada orang yang ada rumah sendiri, pasti tau yang running a household bukan kerja mudah ya. Kalau your husband jenis yang suka menolong, it's truly a blessing and a bonus tau. Now my mom dah tak ada maid, bertambah lagi kerja dia dengan laundry, mopping, ironing.... And also she is still working. She is already 58 this year. Sebab tu, I seboleh-boleh try tolong my mom in any way that I can. I nak carikan maid baru, dia kata dia dah tak nak pakai maid. Macamana ya? Kesian kat my mom, buat benda yang banyak pada satu masa :( 

Cakap pasal seronok raya, yang paling happy for surelah kanak-kanak. My superheroes tak terkecuali. Happy ya'amat! I seronok sebab my youngest pun dah pandai enjoy sambut hari raya =) First raya, we spent kat 3 houses sahaja. My parents punya house, my paternal grandma's house and my maternal grandma's house. Itu pun dah ambil masa sehari suntuk! Hehe.



My eldest, dia memang paling enjoy raya breakfast dan dia akan sentiasa jadi antara orang yang paling awal bangun. My mom, me and then mesti dia. Subuh lagi dia dah mandi, solat and nak pakai baju raya.


My second son ni pakar makan, macam I jugak haha. His favourite memang lemang, yang dia panggil Nasik Circle!


My third son ni memang sweet tooth sampai I ni bimbang tengok dia. Dia mesti dessert first tau. Ni dia makan cake sampai dah nak termuntah. Grrrrrr!!!!!


The handsome men in my life =) Baru balik from Solat Aidilfitri. My brother tak ada, dia beraya di rumah mentua tahun ini.

Inilah gaya masing-masing bila Mommy nak snap gambar. U all nak tahu, I punyalah kena pay attention to details sangat the day before raya, as I kena make sure ada 5 pasang baju melayu dengan matching butang baju melayu, dan samping yang sesuai, beserta songkok yang betul saiznya! Fuhhhh, berpeluh gak I.


My bongsu kesayangan. Ada ke semua orang kata muka my youngest ni macam perempuan! Hangin gak mak. Hahahahaha!!


Pengantin Baru sokmo. Bluueeeeekkkk! hehehe


Bukan senang tau nak ambik gambar satu family. Ada banyak gambar yang kelakar, dengan aksi pelbagai especially by my bongsu tu.


My mom and my nenek =)


Amik gambar ngan my sis ni bosan gak, bukan sebab apa...Dia pakai saiz XXS, punyalah kecikkkkk orangnya, so I akan sentiasa nampak macam GIANT next to her.


Haa, ni kat rumah my Opah. Tak jauh, kat Seksyen 7 saja. Memang semua berumah di sekitar Shah Alam saja. My Opah in purple tu kalau dia speaking Rawa, mesti u all ternganga. Hehe.



Apa yang best sangat kat rumah my Opah ye? Mestilah sebab ada desserts yang mengancam hasil seni my Mak Ngah and my Uda. Apart from that, my Mak Ngah's rendang campur sangat menggiurkan okeh. Resipi turun-temurun yang belum lagi menurun kat I nampaknya. Nanti daku akan menuntut. My Uda this year sangat rajin buat all the kuih lama2 yang I sukaaaaaa sangat masa zaman kekanak dulu, biskut oren, biskut ovaltine, biskut kurma, biskut kacang. Hadoiii, mmg nikmat!


Nampak tak muka teruja tu?
=D


From my Opah's house, hantar my Mak (nenek belah my mom) balik ke rumah dia di Rasa, KKB. Tengok tu, my sons buat tawaf keliling meja kuih raya tu. Bibik dorang gelakkan aje tengok perangai dorang tu.


By this time dah pukul 3 petang, my son dah kekenyangan. So, kat rumah nyang dia ni, dia lepak kat sofa layan game.


Eh, si kecik pun sama!


From Rasa, KKB... back to my parents' place in Subang. Tengoklah my boys keletihannnnnn.... Especially my 'eldest' tu yang masih pakai baju melayu =)

Sekian.


9 comments:

Drama Mama said...

nice pics! wahhh ur sister sooo kecik XXS. u size apa kak? S ka?

http://twinkywinkystars.blogspot.com

superheroes' mom said...

my dear, I size L/XL =D

zarin said...

u r soo sweet...tambah lagi bila pakai pink..i think pink really suits u lah dear!
as usual, suka tengok your sis punya smile..ceria sokmo hihi

superheroes' mom said...

i nampak sweet ke zarin? in actual truth, i ni tak la gentle sgt, i ni boleh tahan gak brutal hehehe. my voice pulak, mmg tak sweet. suara i suara 'cikgu', hahaha =)

Anonymous said...

meriah tul la... seronok kan time2 raya ni. skrg ni susah la nak jumpa kuih2 lama. kalau ada pun, rasanya x sama cam yg kita mkn kecik2 dulu. anywai, i pun suka biskut ovaltine tp tahun ni, x jumpa lgsg kat mana2 rmh. frust...

btw, your mom mmg superwoman. rupanya masih keje ye. kat mana?

Ermayum said...

- nice blue theme ke turqoise ?:)

Melissa said...

Your blue baju kurung is just lovely & you look beautiful in it kak ! ;)

Nice to see how best your Eid was ! :D

superheroes' mom said...

ermayum, kira turqouise lah themenya tapi dalam blue family gaks =)

superheroes' mom said...

Mel, thank u darl! Hectic Raya but priceless as I get to see how much the kids have enjoyed themselves =)

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker