Saturday, April 10, 2010

Resipi SHM: Nasi Ayam dengan Ayam Panggang Madu

Hello darlings! Remember the entry on my Nasi Ayam previously? I have received requests from readers about the recipe. Jadi di sini I tempek resipi Nasi Ayam SHM, InsyaAllah jadi dan sedap serta harum bau nasinya :) Cuba ya. Ayam di paparan dipanggang dalam ketuhar, as a healthier alternative to frying. Walau bagaimanapun, boleh juga digoreng jika selera tekak mengesyorkan begitu :) Resipi asal dari Resipi Diana. SHM telah mengolahnya serba sedikit mengikut selera tekak :)




Bahan untuk Nasi
1 kilo beras 1/2 cawan halia dikisar 1/2 cawan bawang putih dikisar 2-3 helai daun pandan disimpul 1/2 sudu makan garam serbuk perasa (optional) air secukupnya untuk beras minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos 10-15 batang lada merah 5 ulas bawang putih 1 ibu jari halia 10 biji limau kasturi, ambil jusnya 3/4 cawan air masak 1 sudu teh garam 2 sudu besar gula

Bahan untuk Ayam Panggang Madu 1 ekor ayam 3-4 sudu besar madu 3-4 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap cap kipas udang (other brands also boleh) 1 sudu besar minyak bijan air untuk rebus secukupnya minyak untuk menumis

Untuk dikisar 1 ibu jari halia 1 bawang besar 2-3 ulas bawang putih

Method

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak.
*Boleh juga menggunakan air rebusan ayam untuk memasak nasi

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa masing-masing dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.
*Boleh juga memasak sos di atas api bagi mereka yang suka sos dimasak terlebih dahulu

SUP (untuk Nasi Ayam)
Cara-caranya

Gunakan air rebusan ayam. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Boleh direbus bersama kaki ayam atau leher ayam :) Itu sahaja bahan sup, very the yummy.


Cara untuk Ayam Panggang Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Setelah diperap secukupnya, masukkan ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 200 celsius selama 20-25 minit sahaja. Cukup untuk ayam kelihatan keperang-perangan dan kelihatan 'garing'. Tidak perlu memanggang terlalu lama kerana ayam telah direbus terlebih dahulu dan telah empuk dagingnya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.
*Alternatif: Ayam juga boleh digoreng setelah direbus secukupnya
*Bahan perapan selebihnya boleh dijadikan sos kicap, tambah kicap mengikut citarasa. Tidak perlu menambah juga tidak apa kerana bahan perapan sudah sedap :)


9 comments:

Ana Suzana said...

sodapnyeeeee...feveret ana ni... ana pun suka ikut resepi diana ni..

superheroes' mom said...

Resipi Diana mmg best kan. Mat Gebu dan Kak Hanieliza juga favourite I :)

Drama Mama said...

wahh menarik. this is surely healthy. bole try nanti tengok my hubby suka tak. thanks!

superheroes' mom said...

Drama Mama, my pleasure dear..

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

i slalu fail buat nasi ayam tau!
dah 2 kali try tak jadi2 jugak...nak try ur recipe plak ;p

superheroes' mom said...

Don't worry Verde, InsyaAllah this time jadi :) Sebelum masak tu u jampi2 sikit periuk tu heheh

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

guess what darlingggggg!!!
i just finished cooking ur nasi ayam recipe!!! belom makan lagie...tunggu mr.doc bangun!
looks yummy n yeah i grilled the chicken instead of frying...cant wait to taste ittttttt!!!
thanx gorgeous!!! :D

superheroes' mom said...

Wow Verde!! That is sooooo great babe!! Am so glad that u find my recipe useful :) Sedap tak? sedap kan kan kan??

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

sedap sangattttttttttt!!! i love it babe! mr.doc too! nt i blog about it! :) thanx again doll!

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker