Selamat (Rabu) kawan-kawan. Saya baru je balik dari berjogging (brisk walking and strolling sebenarnya hehe) dengan Superhero 2 and 4. Si kenit tu lagi laju dan bertenaga dari Mommy and abangnya. Hehe. Satu jam jugalah kami enjoy jalan-jalan. Kira berpeluh lah, itu sudah kira bagus lah tu kan.
Anyway, saya teringat dalam satu pertemuan dengan rakan-rakan beberapa bulan yang lalu, ada tersentuh pasal topik 'suka show-off' pasal anak. I was surprised juga bila ada pihak yang accuse pihak yang lain sebegitu. Sebabnya, rakan yang di'accuse' sebagai show-off itu hanya kadangkala berkongsi mengenai perkembangan anak dan aktiviti serta kelas pengkayaan yang disertai si anak.
Pada pendapat saya, itu adalah perkongsian cerita. Itu adalah sharing, dan para ibu memang selalu berkongsi cerita perihal si anak. And to tell you the truth, saya memang dapat banyak manfaat dan info berguna serta pandangan dan tips bernas hasil dari berkongsi cerita. Dalam berblogging dan berblogwalking ini juga, saya dapat banyak berkongsi berbagai perkara. Tips keibubapaan, tips travel, tips masak, tips hubungan suami-isteri, tips tempat menarik, tips berfesyen, tips kecantikan dan pelbagai lagi. Tidak pula saya dengki bila lihat orang lain beli barangan berjenama, tidak pula accuse orang lain show-off pasal anak bila membaca entries perihal anak-anak. Tidak pula sakit hati bila lihat kawan-kawan jalan sana-sini atau berumah baru serba serbi cantik dan lengkap. Malah saya rasa amat gembira. Dan seronok membacanya.
Berkongsi cerita mengenai anak-anak tidaklah bererti kita merasakan anak kita lah yang paling bagus, hebat, pandai dan sebagainya. Betul tak kawan-kawan?
Setelah berfikir mengenainya, saya berkonklusi, manusia ni memang bermacam perangai. Dengan pandangan yang berbeza bagi setiap individu. Bila rakan-rakan bercerita pasal anak, saya amat suka mendengar. Apatah lagi jikalau diberitahu mengenai pencapaian atau progress mereka. Saya tidak sama sekali menganggap ia sekadar menunjuk-nunjuk. Malah saya rasa amat gembira jika anak-anak rakan saya cemerlang dan berjaya dalam apa pun lapangan.
Flashback waktu muda-mudi dulu, ada juga yang memang suka accuse other people as show-offs. Hanya kerana mungkin orang itu lebih popular, lebih cantik, lebih pandai, lebih kaya..... Mulalah yang iri-hati dan dengki bersoksek-soksek di belakang. Tak kurang yang menjaja cerita ya. Orang-orang yang dengki ini, bila dikaji dari root problemnya, banyak bermula dari rasa inferior diri. Sebab tu asal tengok orang lain aje, ada saja nak komen. Ada saja yang berbulu di hati. Sebenarnya orang sebegini ada sesuatu yang dia rasakan tak lengkap dalam hidupnya. Atau dia merasakan dia deserve so much better tapi tak berusaha untuk mencapainya, hanya complain complain dan suka salahkan orang lain atas masalah sendiri. Aduhhhh. Ini sebenarnya PENYAKIT HATI. Akibat daripada ada rakan-rakan yang sebegini, maka ada yang withdraw dari berkongsi cerita atau kegembiraan, kerana takut di'label' sebagai kaki show-off pula. Jadi takut pulak nak cerita apa-apa. Takutkan what other people think! Hmnnnnn. Tepuk dada tanya selera lah. Kalau tak buat salah apa, apa nak hirau apa orang lain nak cakap pasal kita? There's a quote that I would like to share with you...
Be who you are and say what you feel,
because those who mind don't matter
and those who matter don't mind.
-Dr. Seuss
Cheers friends!



















