Wednesday, November 10, 2010

Tak ambil 'pot' kan aje

Selamat (Rabu) kawan-kawan. Saya baru je balik dari berjogging (brisk walking and strolling sebenarnya hehe) dengan Superhero 2 and 4. Si kenit tu lagi laju dan bertenaga dari Mommy and abangnya. Hehe. Satu jam jugalah kami enjoy jalan-jalan. Kira berpeluh lah, itu sudah kira bagus lah tu kan.

Anyway, saya teringat dalam satu pertemuan dengan rakan-rakan beberapa bulan yang lalu, ada tersentuh pasal topik 'suka show-off' pasal anak. I was surprised juga bila ada pihak yang accuse pihak yang lain sebegitu.  Sebabnya, rakan yang di'accuse' sebagai show-off itu hanya kadangkala berkongsi mengenai perkembangan anak dan aktiviti serta kelas pengkayaan yang disertai si anak. 

Pada pendapat saya, itu adalah perkongsian cerita. Itu adalah sharing, dan para ibu memang selalu berkongsi cerita perihal si anak. And to tell you the truth, saya memang dapat banyak manfaat dan info berguna serta pandangan dan tips bernas hasil dari berkongsi cerita. Dalam berblogging dan berblogwalking ini juga, saya dapat banyak berkongsi berbagai perkara. Tips keibubapaan, tips travel, tips masak, tips hubungan suami-isteri, tips tempat menarik, tips berfesyen, tips kecantikan dan pelbagai lagi. Tidak pula saya dengki  bila lihat orang lain beli barangan berjenama, tidak pula accuse orang lain show-off pasal anak bila membaca entries perihal anak-anak. Tidak pula sakit hati bila lihat kawan-kawan jalan sana-sini atau berumah baru serba serbi cantik dan lengkap. Malah saya rasa amat gembira. Dan seronok membacanya.

Berkongsi cerita mengenai anak-anak tidaklah bererti kita merasakan anak kita lah yang paling bagus, hebat, pandai dan sebagainya. Betul tak kawan-kawan? 

Setelah berfikir mengenainya, saya berkonklusi, manusia ni memang bermacam perangai. Dengan pandangan yang berbeza bagi setiap individu. Bila rakan-rakan bercerita pasal anak, saya amat suka mendengar. Apatah lagi jikalau diberitahu mengenai pencapaian atau progress mereka. Saya tidak sama sekali menganggap ia sekadar menunjuk-nunjuk. Malah saya rasa amat gembira jika anak-anak rakan saya cemerlang dan berjaya dalam apa pun lapangan. 

Flashback waktu muda-mudi dulu, ada juga yang memang suka accuse other people as show-offs. Hanya kerana mungkin orang itu lebih popular, lebih cantik, lebih pandai, lebih kaya..... Mulalah yang iri-hati dan dengki bersoksek-soksek di belakang. Tak kurang yang menjaja cerita ya. Orang-orang yang dengki ini, bila dikaji dari root problemnya, banyak bermula dari rasa inferior diri. Sebab tu asal tengok orang lain aje, ada saja nak komen. Ada saja yang berbulu di hati. Sebenarnya orang sebegini ada sesuatu yang dia rasakan tak lengkap dalam hidupnya. Atau dia merasakan dia deserve so much better tapi tak berusaha untuk mencapainya, hanya complain complain dan suka salahkan orang lain atas masalah sendiri. Aduhhhh. Ini sebenarnya PENYAKIT HATI. Akibat daripada ada rakan-rakan yang sebegini, maka ada yang withdraw dari berkongsi cerita atau kegembiraan, kerana takut di'label' sebagai kaki show-off pula. Jadi takut pulak nak cerita apa-apa. Takutkan what other people think! Hmnnnnn. Tepuk dada tanya selera lah. Kalau tak buat salah apa, apa nak hirau apa orang lain nak cakap pasal kita? There's a quote that I would like to share with you...

Be who you are and say what you feel,
because those who mind don't matter
and those who matter don't mind.
                                                                                                            -Dr. Seuss


Cheers friends!



16 comments:

SurayaHarris said...

suka entry ni!=)

Pink Mama said...

Betul I agree with you. Bila I baca blog orang kalau derang berjaya dan mampu, rasa macam motivation for myself. So tak payahlah nak berdengki-dengki dengan orang lain. Semua rezeki masing-masing,kan.

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

quote ni sgt best... ;)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

p/s : mintak izin nk copy last paragraph..

MommyCT said...

Kejelesan itu lumrah tp janganlah sampai sanggup menyamar menjadi kak anon dok menghentam blogger itu....lebih baik tak payah baca blog orang jika tak dapat mengawal diri dan memberi komen munasabah. Ngeri kan baca pengalaman blogger-blogger lain yg di hentam.

Kalau kita rasa blogger itu benar2 show off, yg mungkin hanya kita seorang je yg beranggapan begitu...pangkah saja dan pergi ke tempat lain...tak susah kan.

nuttyNAD said...

Hye SHM

wish u have a nice day

btw, i read this one blog

http://www.proudduck.com/page/13/

she seems experiencing the same thing like u

yup, there are people who hate and keep complaining about others...and i super agree with u...it is due to inner complication

The thing is...

if that person is referring u,

ur blog must be super famous

she must keep reading it

until she finds out, she has none



keep it up

and cant wait ur next entry



dont forget to visit this blog

http://www.proudduck.com

she comes with a complete package pada usia yg muda



lurve u sis
(hoping to get KAKAK like u as i dont have one)

ShilaShower said...

i paling suke baca kalau orang tayang barang shopping, handbags lah spesifiknya. hahahahha. kepochi i nih. tapi dah takde duhit nak beli, tgk orang beli pun bleh tambah ilmu. kuikuikui

jesnita_ns said...

betul tu sy setuju dgn pandangan awk...org yg mcm tu jenis tak puas hati le tu..just ignore..

Drama Mama said...

true! it's our human nature kot nak cita pasai anak2 punya achievement etc. tapi tak semua orang suka dengar. for me as long as they dun put other people's kids down, cerita ja lah..seronok ja nak dengar.

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Lia Hasty said...

hye owner blog,
jenjalan di blog anda.

;-)

Clara
xoxo

claraemilycancer.blogspot.com
claraemilycancer.blogspot.com

B said...

Hi SHM!

Let's put the negative vibe away. Since they don't matter to you, but you do MATTER to me and the rest--PLEASE KEEP ON WRITING! :D

Ermayum said...

i dont think cite pasal anak2 nak show off - i think semua org who love their children cant help nak cakap pasal anak2 baik berjaya and so on sebab kita proud bukan sebab kita nak show off - sebab anak2 too berharga nak dishow off macam beg ribu riban - too precious :)

Anonymous said...

Wi..

Bestlah entry Wi ni.. baru baca hari ni :)

Saya suka je baca kisah pasal anak2 awak.. so teruskan bercerita ye darling..!!

Tak pernah rasa jealous ke apa bila baca blog kawan2 yg kenal dan juga tak kenal.. :)

-rd-

superheroes' mom said...

SurayaHarris,
Thank You my dear =)

Joy,
sure boleh :)

MommyCT,
kejelesan yang positif digalakkan untuk membaiki diri sendiri, tetapi kejelesan melampau yang hanya menyerlahkan hati dengki adalah meloyakan.

nuttyNad,
hye sis :) i am nowhere as famous as proudduck, but i get what u r trying to convey. thank u sweets :)

mrs KOwn,
oh i am sooooo in agreement with u =)

DM,
some ppl clearly have not left high-school silly complexities behind them, sad kan?

clara,
hello, welcome and thanks for visiting =)

B,
thank you hunny, thank u for ur kind thoughts =)

ermayum,
our children are our jiwa raga... they are always in our thoughts, so naturally we will not escape from mentioning them or talking baout them, with no untoward intention as to brag or show-off. and my children are just average kids with their own complexities, but they are my hope and dreams and madu and racun combined =) how can i NOT talk about them?

RD,
some ppl are sooooo juvenile, but sadistic! whoaaaa.... dasat kan?

hey, miss your stories lah =)

superheroes' mom said...

jesnita,
terima kasih kat awak sebab memahami =)

eyndayusoff said...

Harap2 mereka yg suka pandang negatif akan baca entry ni...kalau tak sedar jugak tak tau la...hihi...suka entry ni ;-)

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker