Pergh pergh! Kalau sebut Friday Night je terbayang yang indah-indah kan. Especially masa zaman-zaman student dulu. Friday night selalu pegi dating juga dengan sweetheart, kalau tak pun pegi merayap with girlfriends. Mana tahu penat kan, masa zaman Matriculation in KL, by Friday noon, my father dah tunggu I kat gate asrama nak bawak balik rumah. Memang la every Friday balik, nak basuh baju kat rumah la kan, sebab boleh masuk washing machine. Kalau kat hostel kena berus sendiri. Hehe.
Bila dah balik rumah ayahbonda memang la best kan, weekends je ikut ayahbonda pegi jalan-jalan sana-sini. Dan yang wajib, dating dengan kekanda. Masa tu kekanda American Degree Program kat PPP/ITM Shah Alam. Kalau zaman tu, jangan cakaplah, jalan dari pagi sampai malam tu tak penat! Dahsyat kan? Once upon a time la tu....
Masa zaman undergraduate dekat UK pun Friday Night ni kira masa yang di tunggu-tunggu la. Masa ni dengan kawan-kawan pegi berjimba-ria, selalunya kat Student Union hehe. Masa ni tak dating, sebab that time, kekanda di US. So, memang acara berjimba ni kebanyakan dengan girlfriends la. Tengok wayang pun selalu Friday Night, best sebab crowd ramai, boleh cuci mata hahaha. Kalau tak pun, lepak kat rumah friends ataupun rumah kitorang jadi port. Tengok tv or vhs ramai-ramai sambil masak-masak and makan-makan. Best kan? Ada lah aje aktiviti.
Bila zaman baru kawin, Friday Night ni masa romantic. Kah kah kah. Spent time yang 'kualiti' sama-sama ye. Masa ni berdua saja, tiada yang menghalang, buatlah apa-apa pun. Free to choose what you want to do berdua. Then, tibalah kehidupan yang berbeza bila dah ada anak. Zaman ada anak ni berbeza dari zaman satu anak, dua anak, tiga anak dan empat anak. Betulllll. Ada bezanya. Tapi kan, still boleh lagi nak berdating with hubby kalau ada helper/maid. Usually masa ada helper dulu, either Friday Night keluar berdua ataupun keluar together with my boys.
But now? Without helper? Apa aktiviti I Friday Night? My hubster goes for Ice Hockey at half past eight, and I bawak my boys pegi Kumon! Bila balik, masing-masing exhausted, so the best thing to do is SLEEP! =)
Sekian ceritera malam Jumaat buat kali ini.
Toodles for now folks!
=)
4 comments:
waaah kesiannya..takperlah kak, berkorban demi anak-anak;)
kitorang pula selalunya bawa anak-anak dinner kat luar sebab kesiankan mereka sebab sepanjang seminggu ni asyik balik lambat aje so kira nak tebus kesalahan mama & papa bawa makan & jalan-jalan dalam mall;)
TGIF.... heheh tapi tiap2 malam pun I sama jek... cuma malam nie kalau nak tgk DVD ngan anak2 daddy dia kasilah psl boleh tido lambat xskolah sok... selalu kul 8 diorg dah atas katil.... mmmm... t'igt jugak zaman dolu2.. b4 kawin b4 dapat anak.... awwwww.. :-)
zaila, macam ni lah kalau anak-anak sedang membesar kan, especially kalau dah masuk sekolah betul. Banyak kena uruskan hal diorang saja. Ye lah, kalau bukan kita siapa lagi kan...
Mommy Nana, terkenang semasa dulu =) Hahaha, unforgettable memories tu. Memori Daun Pisang LOL!
Post a Comment