Saturday, August 21, 2010

Littlest Falls Sick, so Simple Sambal It Is

Happy Saturday All! What a glorious morning kan. Sure hari ni ramai yang pegi shopping raya, betul tak? hehehe. I ni dalam suka-suka, ketawa-ketawa, happy-happy ni sebenarnya sedih juga sebab anak bongsu I tu dah seminggu dan demam on and off. Siap dengan batuk berkahak, selsema and cirit juga. Wheezing problems as usual kalau dia batuk kan, so dalam minggu ni dah dua kali I angkut dia pegi for Nebulizer kat Klinik Menara dekat sini. Si kecik ni kalau sakit memang lama nak baik. Dahlah tu, langsung tak nak makan, badan yang sedia slim melim tu jadik makin kering I tengok. Alahai, sayang Mommy ni kesian betul tau. Yesterday, I have to buat dia take something jugak walaupun sikit sebab takut kalau dehydrated kena masuk hospital for drip kan. Dia dah 2 kali dah masuk hospital macam tu. 

So, alhamdulillah, semalam ada la dia telan macaroni sikit, sikit tu memang sikit that is just 2 pieces of macaroni! And then, dia nak makan chocolate yang gold coins tu, ada la makan 2 biji. Pastu, nampak Twisties kat dapur, dia nak makan Twisties pulak! I bagi aje, kesian tengok dia. Nak bagi porridge taknak, roti taknak, Koko Crunch taknak, everything tak nak tau. But at least dia nak minum susu, walaupun lesser than usual. Pastu dia asyik merengek aje, and so lemah. Kesian betul. Dia ni kalau sakit nak Mommy aje, so berkepitlah dengan I siang dan malam. Kalau I gerak sikit aje dari dia, dah menangis lah dia. 

Syukur cirit dia dah stop and temperature pun dah turun, but batuk kuat sangat and kalau batuk nak keluarkan lendir/kahak tu mesti dia muntah. Kalau masa macam ni lah, bila tengok anak sakit ni, I rela tanggung sakit tu daripada tengok dia macam tu kan. But, kalau Mommy sakit, sapa la nak jaga 4 Superheroes ni? Lagi parah nanti. Ya Allah, berikanlah aku kesihatan yang baik. Amiinn.

Sebab semalam I dah keletihan sebab jaga budak sakit dah nearly a week kan, I kata untuk untuk berbuka I masak yang paling senang aje lah. Kalau beli kat luar, nanti sayang pulak barang2 basah yang ada dalam freezer tu. So, masak ajelah. I buat ikan bakar with sambal cili and wrapped dengan daun pisang yang I pi mintak dari neighbour tee hee hee.

I buat sambal cili paling simple. Bahan-bahan: Cili Kering Kisar. Udang Kering Kisar (kisar with dry blender). Air Asam Jawa. Garam. Gula. That's it! Pastu masak cili paste tu sampai garing. Lumur cili paste tu kat ikan and wrap dalam daun pisang. Letak kuali leper (I guna kuali biasa yang besar), alas dengan daun pisang. Pastu letak the wrapped ikan kat atas tu, and tunggu sampai daun tu layu and berubah warna. Dah siap.

Pastu I buat sup timun, alaahhhh timun tumis air la kiranya or kalau my bibik cakap masak 'bening'. Macam sup petola jugalah, tapi I ganti petola tu dengan timun courgette. Pastu bibik goreng tempe ngan ikan bilis. Dah, tu je menu buka puasa semalam. 

Harap-harap sangat my bongsu better hari ni. If not, I kena bawa dia ke hospital. I rasa, plan nak balik jumpa my grandma and buka puasa with her tu, nampaknya kena cancel. Kesian pulak my grandma, she is so looking forward to have her cicits with her this weekend. But what to do, kalau my son sakit camni, mmg takleh nak gerak ke mana.


My Ikan Siakap Bakar with Sambal Paling Simple

Ciao Babes,
xoxo

4 comments:

Pink Mama said...

hopefully the little one recover fast, kesian tgk budak2 sakit.

superheroes' mom said...

alhamdulillah, hari ni dah kebah demamnya... but still agak lemah, sbb tak makan for nearly 5 days :(

ERMAYUM said...

oh anak u pun asthma iya dear sama ngan my bongsu - u tak guna sereptide cegah asma? susah sikit nak kena kalu amek sereptide though dr recomend daily i amek a few days sekali or weekly but bila dia batuk or selsema i dekatkan jaraknya - so controllable la skit

superheroes' mom said...

thanks ermayum, for the info =)

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker