Tuesday, August 17, 2010

Tinjau Kemeriahan Nak Sambut Raya #002: Kompleks PKNS Shah Alam

Mari-mari cik kak2 semua, mari continue meninjau kemeriahan nak nyambut raya di Kompleks PKNS pulak. Hmmnnn, kalau kompleks ni, memanglah tempat wajib tuju for me every raya because memang turun temurun dari zaman daku kanak-kanak lagi ke sini every time nak raya. Memang teramat lah meriahnya, dengan stalls selling kuih-muih raya, rendang lemang segala, juga kain baju raya yang banyaaaaaakk didisplaykan. Oleh kerana saya ini si pemalas nak buat kuih raya, jadinya memang I akan datang sini dan tuju ke booth Kak Leha untuk membeli kuih. Kak Leha  ni dah berkurun dah menjual kuih raya, dan memang sedap InsyaAllah. Kuih nya juga ada kelainan dan menggunakan bahan2 yang bagus lah. Every year juga dia akan surprise kan kita dengan product baru dan akan buat kita teruja dan waaahhh wahhh gitu. Kuih Kak Leha ni cepat habis, esp yang sedap2 tu. So, I akan beli awal lah, sebab nanti kalau nak tunggu and datang balik, nanti dah takde stock pulak. Kah kah kah, Mr AKO geleng kepala kalau I selalu beli kuih awal2. Tak berapa banyak I beli dari K. Leha. 5-6 jenis sahaja, Samperit ngan Dahlia I akan order dari my childhood friend.

Ni booth K. Leha ye, kuih dia bukan mass/factory produced but home-made gitu.

Haaa, makcik tembam sibuk tengok kuih heh heh.
Tahun ni kuih baru nama Casablanca.
Juga yang sodap banget Mini Samosa.

Okeh, mari meninjau kat area dalam pulak. Ini lah dia, tengok tu berderet2 booths jual kelengkapan baju raya. Lagi panjang sebenarnya deretan ni, tapi tak muat lak dalam camera hehe. Everything ada. Mostly it caters for the masses la kan. Kira baju2 yang berharga berpatutan lah. Kalau baju2 high end, mahal ribu2 pun ada, tapi tak jual kat booths la, kat kedai tapi like Monalisa, Jedan. For me, I tak beli lah yang mahal2 sangat tu =)

Ehhehh, kuih yang dah terbeli. Eh, terbeli pulak ye. Kuih tart tu akan beli lagi beberapa balang. Also nougat nak kena beli. Ada kuih Pistachio, Almond Twill, Casablanca, Hazelnut Choc, White Choc Almond, and Choc Oats. Samperit and Dahlia nanti order from my friend. Tak boleh banyak2 sangat, sebab nanti kat umah my mom ada lagi kuih2. My mom punya kuih lain jenis from mine, saja je kitorang buat gitu supaya tak bosan kuih samaaaa jek kan. Hahahaah. Alah, rumah my mom tak jauh from my house. Yang dalam paper bag merah tu my baju raya. Tapi xleh tunjuk sekarang. Alah, tak glamer pun, biasa aje. Raya ni sejak beranak-pinak ramai2, more for the kids lah kan. I pulak nak terlebih ke? Takde maknanya kan. Tapi Mr. Ako janji nak belikan I dot dot dot........ Iya ke agaknya eh?

Apa ni? I punya tablecoth baru ;-P
Okay friends.... will be back for more update soon yah!
Hv A Productive Day Ahead.
Cheers Loveys!



No comments:

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker