Tuesday, May 19, 2009

Jangan Bersedih - Don't Be Sad

I have never read the above widely acclaimed book, have you?
But I know being sad is destructive.

"Allah swt puts turbulence in our hearts so that our nearness to Him remains forever."

Dalam hidup kita seharian, banyak suka duka yang dilalui. Saya secara peribadi selalu teringat akan zaman kanak-kanak dan remaja yang sungguh menyeronokkan dan 'carefree'. Alhamdulillah, ibu-bapa saya telah berusaha menjadikan saya 'orang'. Semakin meningkat usia, hidup makin mencabar. Kadang-kala masaalah datang dari diri sendiri, tetapi ada juga disebabkan orang lain yang menyumbang menjadi permasaalahan bagi saya. 

Ada masalah yang kecil dan mudah diselesaikan sendiri. Ada masalah yang sukar yang perlu ditangani secara kolektif. Ada masalah yang terbentuk sekian lama, bertahun dan walaupun semakin parah belum ada jalan penyelesaian yang boleh mengusai kemelut melanda. Ada masalah mungkin tidak boleh diselesaikan sampai bila-bila. Mungkin. Mungkin juga tidak.

Bagaimana menangani masalah? Pelbagai cara diguna pakai. Berbincang, bermusyawarrah, solat hajat berzikir munajat menenangkan hati mohon petunjuk dari Allah swt.  Lebih baik  menghadapinya dengan tenang dan berfikir panjang untuk mencari cara terbaik melepaskan diri dari punca masalah. Seringkali diri amat terpukul dan hati seakan terhimpit berdepan dengan masalah yang datang, tetapi usahalah untuk berfikir secara lojik dan rasional kerana pastinya membuahkan hasil lebih baik.

Cara mudah ialah dengan marah-marah, memaki-hamun, bersumpah-seranah dan yang paling buruk menyalahkan orang lain. Cubaan menyalahkan orang lain ini seringkali dilakukan kerana ia lebih mudah daripada menyalahkan diri sendiri ataupun berdepan dengan kelemahan diri. Maka, mencari kesalahan/kelemahan orang lain memberi 'instant relief' kepada diri kita. Ini semua tidak akan dapat menyelesaikan masalah.

Walau apa pun masalah melanda, elakkan diri dari merasa murung/depressed. Jangan bersedih. Kerana jika kita dalam keadaan ini, kita menjadi lemah. Dan keadaan diri yang lemah, fikiran yang kacau amat disukai syaitan...... dan manusia berhati jahat. Senang untuk dimanipulasi, bukan begitu?

Ayuh, don't be sad. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Rad 11, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri." Kita harus berusaha untuk menghadapi masalah berkaitan dan paling penting free yourself from feeling sad.

*entry is dedicated to those of u out there (especially for you and you and you) who is feeling sad, and also as a reminder for myself

No comments:

OF LOVE. OF LIFE. OF US

Daisypath Anniversary Years Ticker